Sunday, September 22, 2013

Gerai kami

Alhamdulillah hari ni buka booth di CBS medan puteri, BTP rawang.
Sangat seronok, cuaca mendung dan berangin.
Kami menjual pati delima Gulsan juga buku MMR(mudahnya menjemput rezeki)


Kami juga ada menjual tudung express.tudung berdagu, soft awning, tudung lycra juga tudung chiffon layer



Boleh jumpa kami di sini ye...setiap ahad minggu ke2 dan ke4.
hubungi kami di 019-2889525

Tuesday, September 17, 2013

Delima makanan sunnah


Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud:
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Justeru, ia digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lainmenunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
Dalam sebuah hadith Mauquf dan Marfu’, Rasulullah SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga. “Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan Sunnah Rasulullah S.A.W itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Selaras dengan Firman Allah SWT dan Hadith Nabi S.A.W di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut. Banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.
Oleh itu Tanggungjawab bersama untuk melatih diri mengamalkan pengambilan makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minta kita dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti kata pepatah melayu “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Wirdatul Jannah Mohamad
Universiti Sains Islam Malaysia
-Copy-paste-

Mari amalkan makan makanan sunnah.
Hubungi 0192889525
Atau layari http://www.facebook.com/niaaila.rosuna
Untuk dapatkan pati delima gulsan


Monday, September 9, 2013

Waffiya collection BLACK!

KOD : WA116B
MATERIAL : COTTON
COLOR : BLACK MIX WHITE LACE
PRICE : RM55.00(ADD RM3 FOR 2XL - 4XL)
READY STOCK : XS, S,M,XL,2XL,3XL






KOD : WA102L
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR :BLACK WITH PINK LEOPARD PRINTED
PRICE : RM55.00 (ADD RM3 FOR 2XL - 4XL)
READY STOCK : XS,M,XL,2XL, 4XL




KOD : WA101C
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : BLACK WITH ABSTRACT BUTTERFLY MOTIF PRINTED
PRICE : RM59.00 (ADD RM3 FOR 2XL -4XL)
READY STOCK : XL, 3XL





KOD : WA119A
MATERIAL : COTTON
COLOR : BLACK WITH PAISLEY MOTIF PRINTED
PRICE : RM56.00 (ADD RM3 FOR 2XL -4XL)
READY STOCK : XL-3XL




KOD : WA103C
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : Black
PRICE : RM59.00 (ADD RM3 FOR 2XL -4XL)
READY STOCK : Pre order



KOD : WA114B
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : Black Mix Leopard Printed
PRICE : RM59.00 (ADD RM3 FOR 2XL -4XL)
READY STOCK : XS, XL,2XL,3XL



KOD : WA108D
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : Dark Grey With Floral Design
PRICE : RM55.00 (ADD RM3 FOR 2XL -4XL)
READY STOCK : Pre order




Pm kami di
Atau sms/ whatsapp ke 0192889525

Saturday, September 7, 2013

Koleksi baju Jameela

HOT!

NEW - LIMITED
Kod : JA104(1)
Material :100% Cotton Mix Pinted Lycra
Color : Sky Blue Mix Motif Printed
Price : RM59 (add RM3 for 2XL-4XL)
Ready Stock : 2XL - 4XL





Kod : JA174A
Material : 100% cotton
Color : Naval Mix Black
Price : RM55 (add RM3 for 2XL-4XL)
Ready Stock : XS,M,XL,2XL and 3XL




NEW - LIMITED
Kod : JA104(2)
Material :100% Cotton
Color : Grey Beige Mix Floral Printed
Price : RM59 (add RM3 for 2XL-4XL)
Ready Stock : XS & 3XL


Size baju Jameela:
Boleh juga hubungi kami di 0192889525



Monday, September 2, 2013

Kelebihan buah delima

Alhamdulillah.syukur tak terhingga diperkenalkan dengan produk pati delima Gulsan.
Sebelum ni, mengalami sakit kepala yang teruk. Setelah amalkan pati delima ni, alhamdullillah tiada lagi sakit kepala. dan paling gembira doktor sahkan bacaan tekanan darah menurun secara mendadak.

dan teringin untuk berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan Delima ini.
(dipetik dari satu internet forum)











Antara Khasiat Buah Delima ialah:

- Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat ‘sinus’
- Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
- Meningkatkan tenaga
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
- Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita   daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
- Mengatasi masalah penyakit buasir
- Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
- Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
- Antioksida yang tinggi
- Menstabilkan paras kolesterol
- Mencegah penyakit jantung
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Mencegah penyakit barah
- Merangsang tenaga batin






 MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL


Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser  payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu  pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.





 



 rosunacericeriasentiasa