Tuesday, September 17, 2013

Delima makanan sunnah


Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud:
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Justeru, ia digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lainmenunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
Dalam sebuah hadith Mauquf dan Marfu’, Rasulullah SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga. “Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang artinya, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan Sunnah Rasulullah S.A.W itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Selaras dengan Firman Allah SWT dan Hadith Nabi S.A.W di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut. Banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.
Oleh itu Tanggungjawab bersama untuk melatih diri mengamalkan pengambilan makanan Sunnah Rasulullah S.A.W yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minta kita dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti kata pepatah melayu “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Wirdatul Jannah Mohamad
Universiti Sains Islam Malaysia
-Copy-paste-

Mari amalkan makan makanan sunnah.
Hubungi 0192889525
Atau layari http://www.facebook.com/niaaila.rosuna
Untuk dapatkan pati delima gulsan


No comments: